Thursday, 17 September 2015

Kebaikan dan Keburukan

Kebaikannya,


Pertanian
  • Gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral.
  • Mineral-mineral lempung hidroterma bahan yang sama dengan lempung tanih terbentuk daripada luluhawa pecahan magma yang terkandung dalam debu volkanik.
  • Mineral sulfida dan halida yang terkandung dalam tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.
Tenaga geotermal
  • Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal.
  • Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.
  • Punca tenaga geotermal ialah sistem perolakan yang didominasi oleh air panas seperti (hot- water- dominated convective system), sistem perolakan yang didominasi oleh wap (vapor-dominated convective system), sistem batu kering – panas (hot dry rock system) dan geotekanan tanah (geopressured sands)
  • Contoh kolam air panas yang dihasilkan oleh tenaga geotermal di Gunung Lassen, California.
Pelancongan
  • Aktiviti gunung berapi menghasilkan mata air panas dan geiser seperti yang terdapat di Daerah Rotorua di New Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.
  • Aktiviti gunung berapi membentuk genahar (kawah gunung berapi) yang amat besar.Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas.
  • Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong. Hawaii yang terbentuk daripada lava yang membeku juga menarik ramai perlancong.
Penyelidikan
  • Kejadian volkano mampu menarik minat ahli sains untuk mengkaji komposisi kawasan sekitar yang dilitupi oleh lava dan debu volkano.
  • Penyelidikan juga dilakukan untuk mengenalpasti kebarangkalian untuk berlakunya letusan volkano pada masa akan datang.
  • Manakala gunung berapi yang berada di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik juga memberi peluang kepada ahli geologi untuk mengkaji pergerakan bumi.


Keburukannya,


Kematian
  • Kelajuan aliran lava menyebabkan penduduk sekitar tidak sempat untuk melarikan diri dan memusnahkan kediaman. 
  • Debu yang terhasil akibat daripada letusan gunung berapi mengandungi gas-gas merbahaya seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya.
  • Contoh yang dapat dilihat ialah volkano yang terjadi di Krakatau, 1883 dimana kejadian volkano ini telah menyebabkan satu gempa bumi yang besar dan mengakibatkan jumlah kematian yang mencapai 40 000 orang.
Perubahan iklim
  • Debu yang keluar daripada letusan gunung berapi akan naik keatas dan terkumpul di udara lalu menyebabkan cahaya matahari tidak dapat sampai ke bumi.
  • Proses ini melibatkan penyejukkan suhu bumi.
  • Aktiviti volkano juga boleh menyebabkan musim sejuk volkano (volcanic winter).
  • Musim sejuk volkano diakibatkan oleh faktor debu volkanik dan titisan asid sulfurik dimana faktor- faktor tersebut boleh mengurangkan suhu secara mendadak.
Masalah ekonomi
  • Pelancong negara luar takut untuk melancong kerana khuatir terhadap keselamatan dan kesihatan mereka terjejas.
  • Debu volkano yang melitupi sesuatu kawasan juga mengakibatkan kerugian di sektor pertanian dalam jangka masa pendek.
  • Akibat kemusnahan dan kerosakkan infrastruktur, pengangkutan dan kemudahan awam, pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membaikpulih segala kerosakkan.
  • Contohnya debu dari Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland menyebabkan British menutupkan perhubungan jalan udara.

15 comments:

  1. Replies
    1. What do you mean, It's funny? If you don't understand, then don't read malay language. Your heartless don't come to Malaysia.

      Delete
    2. how the hell does saying lol in a malaysian volcano blog is offensive and heartless?

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ok thanks but i dont understant

    ReplyDelete
  4. Same here but 1 day I will understand this information you give me

    ReplyDelete
  5. People think, this is funny, huh? So, if you don't understand don't read it. People comment here not from Malaysia and who never learn malay language. I'm from Malaysia, so do you think its funny and shut the fuck up.

    ReplyDelete