Thursday, 17 September 2015

Jenis-jenis Gunung Berapi

Lava Asid 
  • Letusan gunung berapi sangat kuat. 
  • Lavanya sangat likat dan mengalir dengan perlahan. 
  • Mempunyai cerun yang curam contohnya Gunung Vesuvius di Itali.
Lava Bes
  • Membentuk cerun yang landai.
  • Lavanya sangat panas dan cair, membolehkannya mengalir dengan laju.
  • Gunung berapi jenis ini boleh dijumpai di Gunung Mauna Loa di Hawaii
Komposit
  • Juga dikenali sebagai strato kon.
  • Kon utama terbina dari abu dan lava manakala kon-kon kecil yang dikenali sebagai kon parasit terbentuk di cerun-cerun kon utama.
  • Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Mayon di Filipina merupakan contoh gunung berapi jenis ini.
Abu dan Sinder
  • Gunung berapi abu dan sinder terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.
  • Gunung berapi ini mengeluarkan bahan piroklas seperti lapili, abu, bom, serpihan kecil dan gas yang akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam seperti di Gunung Paricutin di Mexico.
Shield/Perisai
  • Gunung berapi jenis shield bersaiz besar.
  • Ia terbentuk daripada banyak lapisan-lapisan lava yang mengalir.
  • Lava melimpah keluar daripada satu corong atau banyak coronng.
  • Hal ini kerana lava bersifat basalt dan sangat cair yang menimbun ke pongsu curam. Gunung berapi jenis ini juga boleh dihasilkan oleh titik-titik panas yang terletak jauh dari pinggir plat tektonik.

No comments:

Post a Comment