Thursday, 17 September 2015
Kebaikan dan Keburukan
Kebaikannya,
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sm2shyvnq5OCLEm9wD81oBgGmiXz452aY9_GjShG1VtS0nCRYZpqbOuT7VIkDqAsmtcd8CE96ctz-Bt0go4kL1EMXtQ0uAfzDmIbK9rIMGqQNWKP0xlUL2Wb9cfijYHjtSNW1lSOuQ9w=s0-d)
Pertanian
- Gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral.
- Mineral-mineral lempung hidroterma bahan yang sama dengan lempung tanih terbentuk daripada luluhawa pecahan magma yang terkandung dalam debu volkanik.
- Mineral sulfida dan halida yang terkandung dalam tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.
Tenaga geotermal
- Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal.
- Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.
- Punca tenaga geotermal ialah sistem perolakan yang didominasi oleh air panas seperti (hot- water- dominated convective system), sistem perolakan yang didominasi oleh wap (vapor-dominated convective system), sistem batu kering – panas (hot dry rock system) dan geotekanan tanah (geopressured sands).
- Contoh kolam air panas yang dihasilkan oleh tenaga geotermal di Gunung Lassen, California.
- Aktiviti gunung berapi menghasilkan mata air panas dan geiser seperti yang terdapat di Daerah Rotorua di New Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.
- Aktiviti gunung berapi membentuk genahar (kawah gunung berapi) yang amat besar.Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas.
- Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong. Hawaii yang terbentuk daripada lava yang membeku juga menarik ramai perlancong.
Penyelidikan
- Kejadian volkano mampu menarik minat ahli sains untuk mengkaji komposisi kawasan sekitar yang dilitupi oleh lava dan debu volkano.
- Penyelidikan juga dilakukan untuk mengenalpasti kebarangkalian untuk berlakunya letusan volkano pada masa akan datang.
- Manakala gunung berapi yang berada di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik juga memberi peluang kepada ahli geologi untuk mengkaji pergerakan bumi.
Keburukannya,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmJeYawokpS8gneOzEb8HTPeI4b1gSIXJUAUqYvdjzKHsNAD-IZO66npKHVK5SlbqFlbck2pe8_TzKKeDMLw3oxQJ8VHN0Uptw-wCxZyxIs1pB4vgKKRNiikZZ_SVVQbFhJihIiJ6ZbTI/s320/m6.jpg)
Kematian
- Kelajuan aliran lava menyebabkan penduduk sekitar tidak sempat untuk melarikan diri dan memusnahkan kediaman.
- Debu yang terhasil akibat daripada letusan gunung berapi mengandungi gas-gas merbahaya seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya.
- Contoh yang dapat dilihat ialah volkano yang terjadi di Krakatau, 1883 dimana kejadian volkano ini telah menyebabkan satu gempa bumi yang besar dan mengakibatkan jumlah kematian yang mencapai 40 000 orang.
Perubahan iklim
- Debu yang keluar daripada letusan gunung berapi akan naik keatas dan terkumpul di udara lalu menyebabkan cahaya matahari tidak dapat sampai ke bumi.
- Proses ini melibatkan penyejukkan suhu bumi.
- Aktiviti volkano juga boleh menyebabkan musim sejuk volkano (volcanic winter).
- Musim sejuk volkano diakibatkan oleh faktor debu volkanik dan titisan asid sulfurik dimana faktor- faktor tersebut boleh mengurangkan suhu secara mendadak.
- Pelancong negara luar takut untuk melancong kerana khuatir terhadap keselamatan dan kesihatan mereka terjejas.
- Debu volkano yang melitupi sesuatu kawasan juga mengakibatkan kerugian di sektor pertanian dalam jangka masa pendek.
- Akibat kemusnahan dan kerosakkan infrastruktur, pengangkutan dan kemudahan awam, pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membaikpulih segala kerosakkan.
- Contohnya debu dari Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland menyebabkan British menutupkan perhubungan jalan udara.
Jenis-jenis Gunung Berapi
![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/76/PahoehoeLava.jpg/220px-PahoehoeLava.jpg)
- Letusan gunung berapi sangat kuat.
- Lavanya sangat likat dan mengalir dengan perlahan.
- Mempunyai cerun yang curam contohnya Gunung Vesuvius di Itali.
Lava Bes
- Membentuk cerun yang landai.
- Lavanya sangat panas dan cair, membolehkannya mengalir dengan laju.
- Gunung berapi jenis ini boleh dijumpai di Gunung Mauna Loa di Hawaii
Komposit
- Juga dikenali sebagai strato kon.
- Kon utama terbina dari abu dan lava manakala kon-kon kecil yang dikenali sebagai kon parasit terbentuk di cerun-cerun kon utama.
- Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Mayon di Filipina merupakan contoh gunung berapi jenis ini.
Abu dan Sinder
- Gunung berapi abu dan sinder terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.
- Gunung berapi ini mengeluarkan bahan piroklas seperti lapili, abu, bom, serpihan kecil dan gas yang akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam seperti di Gunung Paricutin di Mexico.
Shield/Perisai
- Gunung berapi jenis shield bersaiz besar.
- Ia terbentuk daripada banyak lapisan-lapisan lava yang mengalir.
- Lava melimpah keluar daripada satu corong atau banyak coronng.
- Hal ini kerana lava bersifat basalt dan sangat cair yang menimbun ke pongsu curam. Gunung berapi jenis ini juga boleh dihasilkan oleh titik-titik panas yang terletak jauh dari pinggir plat tektonik.
Lokasi
Capahan sempadan kepingan Bumi
- Di permatang tengah laut, dua keping tektonik mencapah
sesama sendiri. Kerak lautan baru terbentuk dari batu cair yang perlahan-lahan
menjadi sejuk dan mengeras. Di tempat ini, kerak Bumi agak nipis disebabkan
tarikan kepingan tektonik. Pembebasan tekanan akibat kerak nipis mendorong
kepada pengembangan.
- Adiabatik, dan kerak menjadi separa cair. Pencariran ini
menghasilkan gunung berapi dan menghasilkan kerak laut yang baru. Bahagian
utama rabung tengah lautan terdapat didasar laut, dan kebanyakan aktiviti gunung
berapi adalah dibawah laut.
- Perasap hitam (Black smoker) adalah contoh biasa aktiviti gunung berapi jenis ini. Di mana rabung tengah lautan muncul di atas permukaan laut, gunung berapi seperti Hekla di Iceland terbentuk. Capahan sempadan kepingan bumi menghasilkan dasar laut baru dan kepulauan gunung berapi
Pertembungan sempadan kepingan Bumi
- Zon subduksi, sebagaimana ia dikenali, adalah tempat di mana
dua kepingan kerak Bumi, biasanya kepingan kerak lautan dan kepingan benua,
bertembung. Dalam kes ini, kepingan lautan mendap, atau tenggelam di bawah
kepingan benua membentuk jurang dalam lautan dipinggir pantai.
- Kerak ini
kemudiannya dicairkan oleh haba dari kerak dan membentuk magma. Ini disebabkan
kandungan air merendahkan tahap cair. Magma yang terhasil di sini cenderung
menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi.
- Dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi. Apabila ia tiba pada permukaan, gunung berapi akan terhasil, seperti jenis biasa bagi gunung berapi jenis ini adalah gunung berapi di Lingkaran Api Pasifik dan Gunung Etna.
- Titik panas tidak terletak pada rabung kepingan tektonik,
tetapi pada pluma mantel, di mana perolakan Bumi mantel menghasilkan turus
bahan panas yang naik sehingga sampai pada kerak, yang cenderung lebih nipis
berbanding kawasan lain di Bumi.
- Suhu pluma menyebabkan kerak cair dan
membentuk paip, yang membebaskan magma. Disebabkan kepingan tektonik bergerak,
manakala turus mantel kekal pada tempat yang sama, setiap gunung berapi menjadi
tidur selepas beberapa lama dan gunung berapi baru terbentuk setelah kepingan
Bumi bergerak di atas titik panas.
- Kepulauan Hawai dipercayai terbentuk dalam bentuk itu, dan juga Dataran Sungai Ular (Snake River Plain), dengan Kawah Yellowstone merupakan bahagian terkini kepingan Amerika Utara berada atas titik panas.
Proses Gunung Berapi
![Volcano scheme.svg](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/97/Volcano_scheme.svg/300px-Volcano_scheme.svg.png)
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat)
,(1) dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya
,(2) dan manusia bertanya? Mengapa bumi (terjadi begini)? (3) pada
hari itu ,bumi menceritakan beritanya ,(4) kerena sesungguhnya Tuhanmu
telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. (5) ( QS . Al Zalzalah
: 1-5 )
Gunung berapi meletus, terjadi akibat endapan magma di dalam perut bumi yang didorong keluar oleh gas yang bertekanan tinggi. Dari letusan-letusan seperti inilah gunung berapi terbentuk. Letusannya yang membawa abu dan batu menyembur dengan keras sejauh radius 18 km atau lebih, sedang lavanya bisa membanjiri daerah sejauh radius 90 km. Letusan gunung berapi bisa menimbulkan korban jiwa dan harta benda yang besar sampai ribuan kilometer jauhnya dan bahkan bias mempengaruhi putaran iklim di bumi ini.
Lava Felsik (atau rhyolite) cenderung menjadi amat likat
(tidak begitu cair) dan meletup sebagai kubah atau aliran putung pendek. Lava
likat cenderung membentuk gunung berapi strato atau kubah lava. Puncak Lassen
di California merupakan contoh gunung berapi terbentuk oleh lava felsic dan
merupakan kubah lava yang besar.
Disebabkan magma bersilikon amat likat, ia cenderung
memerangkap gas mudah meletup yang ada, yang menyebabkan magma meletup dengan
dahsyat, akhirnya membentuk gunung berapi strato. Aliran piroklastik
(ignimbrite) merupakan hasil amat merbahaya dari gunung berapi, disebabkan a terdiri dari abu gunung berapi cair yang terlalu berat untuk pergi
tinggi keatmosfera.
Dengan itu ia mengikuti lereng gunung berapi dan bergerak
jauh dari lohong asal semasa letupan besar. Suhu setinggi 1,200 °C diketahui
berlaku dalam aliran piroklastik, yang akan menghanguskan semua benda yang
boleh terbakar dalam laluannya dan lapisan tebal mendakan aliran piroklastik
boleh terbentuk, sering kali sehingga ketebalan beberapa meter.
Apakah itu Gunung Berapi?
![](https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5f/Mahameru-volcano.jpeg/300px-Mahameru-volcano.jpeg)
Sesungguhnya peristiwa bencana alam seperti Gunung Berapi ini telah
disebut dan dijelaskan dalam al-Quran sebagai pengajaran kepada semua umat
manusia.
‘Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi'
Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri.
Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)